Hasrat tiga beradik memancing bersama bagi meraikan hari cuti berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.<br />Dalam kejadian di Pantai Dandulit, Sandakan, pada Jumaat. Mangsa, Fadlizan Idris, 20 tahun, dilaporkan keluar memancing bersama abang dan adiknya di pantai berkenaan kira-kira jam 9 pagi.