Selepas lebih tiga bulan industri pelancongan di Pulau Perhentian dan pulau sekitarnya lumpuh akibat pelekasanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP, kini sektor berkenaan kembali bernafas.<br />Meskipun tiada kehadiran pelancong asing yang biasanya menjadi sumber pendapatan utama pengusaha hotel, pemandu bot dan peserta industri pelancongan, namun kehadiran pelancong tempatan memberi sinar baru buat pulau terkemuka itu.