Kampung Dato' Ibrahim Majid Simpang Renggam menjadi kawasan pertama diisytiharkan PKP Diperketatkan, kini penduduknya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam norma baharu. <br />Pengalaman lebih sebulan dalam kawalan yang ketat bagi memutuskan rantaian COVID-19 di kawasan itu, mengajar mereka untuk sentiasa menjaga keselamatan kesihatan mereka. <br />Ikuti perkongsian bersama Ketua Kampung, Sarlan Yasmin mengenai bagaimana mereka menyesuaikan diri dan memastikan tahap keselamatan mereka pada tahap baik.