Saintis di Universiti Oxford mengesahkan vaksin COVID-19 yang dibangunkan mereka dalam ujian awal menunjukkan tindak balas imun pelindung kepada ratusan individu yang disuntik.<br />Kajian itu dijalankan bermula april melibatkan kira-kira seribu sukarelawan yang mana separuh daripada mereka mendapat suntikan vaksin.