Semua wakil parti politik sebulat suara bersetuju untuk memastikan perkataan berbaur hasutan, rasis, biadab dan seksis tidak lagi digunakan dalam Dewan Rakyat.<br /><br />Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, persetujuan itu dicapai dalam perjumpaan dengan Ahli Dewan pada Isnin.
