Kerajaan hari ini memutuskan bahawa tiada lagi kuarantin di rumah bagi rakyat Malaysia dan warga asing yang tiba di negara ini mulai 24 Julai ini.<br /><br />Sebaliknya, individu-individu terbabit akan ditempatkan di stesen-stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.<br /><br />Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mendapati terdapat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah.
