Ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad turut membangkitkan masalah polarisasi kaum di Malaysia.<br /><br />Beliau yang juga bekas Perdana Menteri, menegaskan hanya kerana bimbang dan takut menyebut isu perkauman, ia tidak boleh menyelesaikan masalah itu.<br /><br />Malah ia boleh menjadi lebih meluap-luap, sekiranya tiada tindakan diambil.
