Sebelas garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.<br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan itu adalah hasil Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang telah berlangsung tujuh kali semasa PKP lalu.