Tanggal 24 Julai sepatutnya tumpuan terarah di bandaraya Tokyo untuk Sukan Olimpik yang saksikan Malaysia tampil buat kali ke 16 dalam misi buru emas pertama.<br /><br />Obor perjuangan negara terus menyala dalam misi emas pertama negara dan ia tidak pernah pudar biarpun tekanan kian memuncak tatkala jiran Asia Tenggara yang lain sudah menuai hasil.<br /><br />Ikuti temubual ekslusif Adam Zambri bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Norza Zakaria untuk ketahui perancangan MOM selepas Olimpik Tokyo ditunda pada 2021.
