Syarikat perniagaan dan pelaburan saham di negara ini disaran mengadaptasi penggunaan sistem maya dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi, selain menyesuaikan dengan amalan kelaziman baharu.<br /><br />Pengasas bersama Crigen Resources Berhad, Chris Daniel Wong berkata, ia penting bagi meningkatkan kebolehcapaian sesebuah perniagaan dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan termasuk di pasaran antarabangsa.
