Selepas lapan jam, Lim Guan Eng selesai memberi keterangan buat kali ketiga berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang, di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<br /><br />Bekas Menteri Kewangan itu meninggalkan bangunan SPRM pada jam tujuh malam ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer selepas tiba di sana pada pukul 10.40 pagi.