Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 15 pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang hasil daripada aktiviti haram.<br />Tertuduh, Chan Wai Sun, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.