Kerajaan menerima 45 permohonan penubuhan taska di pelbagai kementerian, pejabat setiausaha kerajaan negeri sehingga tarikh akhir 30 Jun lalu. <br />Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, 34 permohonan melibatkan nilai RM5.5 juta telah diluluskan dan sebelas lagi ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan. <br />Pada Belanjawan 2020 lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi penubuhan taska di tempat kerja sebanyak RM30 juta.