Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah.<br />Dalam satu sidang media khas pada Khamis, Mohd Shafie menjelaskan, pembubaran Dun Sabah itu telah mendapat perakuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.<br />Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri perlu diadakan dalam jangka masa 60 hari dan beliau akan terus menjadi Ketua Menteri Sabah sementara (Caretaker).
