Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Mujibu Abd Muis menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi ujian sebenar bagi Perikatan Nasional.<br />Jelas beliau, demografi politik Sabah sebelum ini dilihat berpihak kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) terutamanya di kawasan timur negeri itu.<br />Justeru, PRN yang bakal diadakan akan menyaksikan bagaimana penerimaan rakyat terhadap Perikatan Nasional di Sabah.