Polis menahan seorang lelaki warga Nepal bagi membantu siasatan kes pukul pengawal keselamatan yang tular di media sosial.<br /><br />Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan jam 5 petang Isnin, hasil kerjasama Kedutaan Nepal di Malaysia dan orang awam.
