Pemohon yang mendapat moratorium perlu ada perancangan lebih awal dalam menguruskan perbelanjaan, terutamanya apabila ia akan tamat pada Oktober ini.<br /><br />Pengurus Besar Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Nor Fazleen Zakaria berkata, perancangan itu harus dimulakan sekarang memandangkan masih ada tempoh dua bulan lagi sebelum jadual pembayaran balik bermula.