Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Lubnan berikutan tragedi letupan di pelabuhan Beirut yang menggemparkan negara itu, pada Selasa.<br />Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kemas kini dalam akaun Facebooknya memberitahu, kerajaan dan rakyat negara ini bersimpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian tersebut.
