Kerajaan negeri Kedah memberi jaminan bahawa kesemua penduduk di empat mukim yang terjejas susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (Pentadbiran) akan menerima bekalan makanan yang secukupnya sehingga 30 Ogos depan.<br />Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah ketika ini sedang melaksanakan proses mengenal pasti jumlah sebenar keluarga di kawasan terlibat khususnya keluarga berpendapatan rendah (B40).