Hampir seminggu terpaksa putuskan hubungan dengan keluarga walaupun tinggal serumah. <br /><br />Itu luahan salah seorang pelanggan tetap sebuah restoran di Napoh, Kedah yang menjadi punca kluster sivagangga sejak minggu lalu.<br /><br />Menurut penduduk Kg Charok Mokkan itu, Rejab Abu Bakar, 62 tahun, ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan dia mula berasa bimbang selepas mengetahui kes jangkitan dikaitkan dengan restoran terbabit.