Pengunjung taman tema dinasihatkan supaya membuka gelang merah jambu yang dipakai sebaik sahaja keluar daripada premis berkenaan.<br />Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini kerana gelang itu hampir sama dengan yang dipakai Individu Dalam Pengawasan (PUS) dan kehadiran mereka di tempat-tempat awam boleh mencetuskan kebimbangan orang ramai.
