Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bernilai 30 ribu ringgit.<br />Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kemaman, Masni Hajar Ghazali bermula Khamis.