Wisma Putra sedang menunggu pengesahan lanjut daripada perwakilan Malaysia dan kerajaan Lubnan berkenaan bentuk bantuan yang diperlukan negara itu pasca letupan yang menggegarkan Beirut pada Selasa.<br /><br />Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan mengemaskini perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam ini juga.