Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik rehat Markas Latihan Luar Tupah, Pusat Latihan PGA (PLPGA) di Bedong, Sungai Petani pada pagi Jumaat.<br />Dalam kejadian pada 5.10 pagi itu, Muhammad Aslam Ahmad, 31 tahun, yang berasal dari Melaka maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.