Pasukan mencari dan menyelamat Rusia di beirut menjumpai tiga mayat di bawah runtuhan berhampiran pelabuhan bandar itu, tiga hari selepas letupan maut yang mengorbankan hampir 150 orang.<br />Rusia menghantar lima pesawat yang membawa pekerja perubatan, pasukan dari kementerian kecemasan dan bantuan kemanusiaan ke Lubnan selepas tragedi berkenaan.