Selepas tiga bulan ketiadaan pengunjung susulan wabak COVID-19, pengusaha Inap Desa di Pulau Pinang, kembali bernafas apabila menerima tempahan pelancong domestic.<br />Bagaimanapun, pemilik rumah Inap Desa kini menyediakan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk menghadkan tidak lebih empat pengunjung bagi keluarga dan tidak lebih dua orang yang bukan keluarga.
