Pemuda UMNO menganggap kenyataan calon Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal bahawa bendera Perikatan Nasional akan digunakan di Pilihan Raya Negeri Sabah hanyalah gimik semata-mata.<br />Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia hanyalah bahan kempen untuk Timbalan Menteri itu bertanding bagi jawatan Ketua Armada, dan ia mendahului keputusan pimpinan Bersatu.