Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Michael Ryan menyifatkan, COVID-19 tidak menunjukkan tanda-tanda corak bermusim.<br /><br />Sebaliknya, lonjakan semula pandemik itu disebabkan pelonggaran sekatan.<br /><br />Jelasnya setakat ini apa yang ditunjukkan dengan jelas adalah jika tekanan tidak diberikan kepada virus itu ia akan kembali bangkit.