Sekurang-kurangnya enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim Melaka cedera selepas bumbung kelas di bangunan tiga tingkat sekolah berkenaan diterbangkan angin akibat ribut, pagi tadi.<br /><br />Ribut itu turut mengakibatkan beberapa kawasan perumahan dan premis perniagaan di sekitar kawasan itu terjejas.<br /><br />Untuk laporan lanjut, kita bersama dengan wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
