Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM372 ribu bagi membolehkan sebuah syarikat ditawarkan projek.<br /><br />Dia membuat pengakuan itu dihadapan hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.