Polis diRaja Malaysia (PDRM) menahan 182 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan 18 daripadanya direman manakala 162 lagi dikompaun atas beberapa kesalahan.<br />Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, kesemua mereka ditahan ketika pemeriksaan dan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.