Semua daerah di negeri Sarawak kini berada dalam zon hijau COVID-19.<br />Perkara ini diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak selepas Kuching dan Serian bertukar status daripada zon kuning ke zon hijau.<br />Ini selepas kedua-dua daerah ini tidak melaporkan kes COVID-19 jangkitan tempatan terbaharu dalam tempoh 14 hari lepas.
