Syor bagi meminda hukuman mati mandatori terutama melibatkan kesalahan pengedaran dadah akan dibawa ke Kabinet untuk dipertimbang dan dipersetujui. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata laporan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori itu baru diterima pihaknya pada 17 Julai lalu.
