Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, berkuat kuasa Jumaat.<br /><br />Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.
