Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini akan lebih cepat dan lancar berbanding PRK DUN Chini.<br /><br />Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan oleh SPR pada hari pengundian tersebut.