Usaha blok pembangkang untuk menolak Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) tahun 2020 gagal selepas undi belah bahagian di Dewan Rakyat menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju, 106 menolak dan lima tidak hadir.<br />Susulan itu, Dewan Rakyat menerima usul berkenaan yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi penguntukan semula daripada Kumpulan Wang Disatukan sejumlah wang yang tidak melebihi 7 bilion 184 juta 83 ribu 200 ringgit.
