Dua restoran nasi kandar terkenal di Kepala Batas, Pulau Pinang diarah tutup tujuh hari selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).<br />Pemilik dua restoran itu masing-masing turut dikenakan kompaun seribu ringgit setelah didapati gagal mengawal jumlah kehadiran pengunjung selain tiada penjarakan fizikal antara satu sama lain.