Kementerian Kesihatan Lubnan memberi amaran hospital negara itu mencapai keupayaan maksimum merawat pesakit COVID-19 selepas mangsa tragedi letupan baru-baru ini membanjiri hospital sekali gus melonjakkan peningkatan kes.<br /><br />Menteri Kesihatan Hamad Hassan berkata hospital awam dan swasta terutama di Beirut mempunyai kapasiti sangat terbatas, baik daripada segi katil rawatan di unit rawatan intensif atau peralatan pernafasan.
