Seorang bekas penolong operasi bahagian agihan syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang, atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM24 ribu pada 2018.<br />Nezari Hussain membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.
