Daripada 4.7 juta orang kurang upaya (OKU) di Malaysia, hanya kira-kira 560 ribu sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata, Ras Adiba Radzi.<br /><br />Sehubungan itu, Ahli Dewan Negara itu menggesa golongan OKU supaya tidak segan untuk keluar dan mendaftar diri mereka, supaya dapat menikmati manfaat daripada jabatan berkenaan.
