Barisan Nasional (BN) mengakui berdepan cabaran dalam mengatur gerak kerja jentera pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berbanding PRK DUN Chini.<br /><br />Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera parti perlu melaksanakan semua kaedah dan strategi pilihan raya kerana berdepan calon Bebas, daripada parti yang sudah mengemukakan pendaftaran.