Selepas tiga tahun berdepan kesulitan untuk mengusahakan bidang penternakan, dua pengusaha kambing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sekali lagi terpaksa mengharungi cabaran susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).<br />Perniagaan yang mula diusahakan pada 2016 oleh sahabat karib, Mohd Reduan Mohd Zaini dan Mohd Ali Jumri hampir terhenti di tengah jalan kerana kerugian yang terpaksa ditanggung mereka.