Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman 33 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berhubung keputusan Yang Di-Pertua Negeri Sabah membubarkan DUN Sabah.<br />Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan itu setelah pendengaran permohonan semakan itu dilakukan di mahkamah pada 7 dan 17 Ogos lalu.<br />Dalam permohonan semakan ini, Tun Juhar dan Mohd Shafie diwakili Brenndon, SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan manakala Musa dan 32 Adun diwakili Peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad.
