Sekurang-kurangnya 13 maut manakala tiga yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah kelab malam di Lima, Peru yang beroperasi secara haram ketika tempoh perintah berkurung dilaksanakan di negara itu.<br />Menurut Ketua Polis Peru, Orlando Velasco Mujica, kebanyakan mereka dikatakan dipijak semasa cuba melarikan diri selepas diserbu pihak berkuasa.