Rang Undang-Undang yang mencadangkan seorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh menjadi Perdana Menteri lebih daripada dua penggal, telah ditarik balik sewaktu persidangan Dewan Rakyat, hari ini.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan ketika bangun memohon penarikan itu, menjelaskan tindakan itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
