Orang ramai diseru bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini biarpun dalam situasi kelaziman baharu.<br />Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, media sosial boleh digunakan sebagai salah satu platform mengekspresikan kempen Momen Negaraku bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan negara yang ke 63.