Seorang lelaki ditahan reman membantu siasatan berhubung video tular seorang wanita ditolak keluar dari sebuah kereta di Jalan Magazine, Pulau Pinang pada Sabtu.<br />Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 26 tahun itu sebelum menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan ke atas suaminya.
