Apabila tiba 31 Ogos, lazimnya rakyat Malaysia akan berhimpun di ibu-ibu kota dengan pelbagai gaya pakaian bertemakan Jalur Gemilang, bagi menunjukkan semangat patriotik dan rasa cinta mereka kepada negara.<br /><br />Namun pada tahun ini buat pertama kalinya, tiada perarakan, tiada perbarisan dan tiada perhimpunan, semuanya bertujuan mengurangi risiko pandemik COVID-19 dan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
