Dua beradik ditahan polis selepas didapati melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) kerana keluar dari kawasan Ambangan Height Ahad malam.<br /><br />Remaja lelaki berkenaan yang berusia 17 dan 19 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal berhampiran jalan kawasan Sekolah Rendah Ambangan Height.