Kerajaan Terengganu tidak pernah menghalang penggiat industri seperti pengusaha resort, hotel dan chalet sama ada mahu meneruskan operasi pada musim tengkujuh atau sebaliknya.<br />Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman memaklumkan, tiada arahan penutupan dibuat semasa musim tengkujuh dan pendirian itu adalah kekal seperti sebelum ini.